Friday, 20 April 2012

Desktop calendar May-EG Turbo

Sebagai pemilik civic EG yang tegar selama 6 tahun (mungkin sebab aku tak mampu tukar kereta) tergerak hati untuk buat tribute kepada civic generasi kelima ini. Harap para pembaca menyukainya. Sila klik untuk resolusi tinggi.

klick untuk resolusi tinggi
Foto dari Kyle Crawford

Friday, 13 April 2012

Scirocco; angin kencang dari Jerman

"Kau suka Scirocco? cantik kan?" VW adalah antara jenama eropah yang saya minat kerana rekabentuk ketahanan dan kualitinya. "Buruk aah... Belakang dia penyek...Lawa lagi Inspira aku" Kata saudara sekampung saya. Kerana saya malas nak gaduh, elok lah didiamkan sahaja. Selama ni saya ingat Scirocco adalah model baru VW, sehingga saya terbaca dalam majalah " model ini harus kena dengan nama dan kehebatan model model yang lepas" . Dari situ mulah tergerak nak meng'google'nya.

Scirocco. "si-rok-ko" ialah dari perkataan itali dan berasal dari perkataan Arab (sharqi), "angin dari timur" . Angin Mediterranean yang datang dari Sahara melintasi  Africa dan Eropah yang mencapai kelajuan ribut  (131 - 155 batu sejam. ) Trivia! Tahukah anda kebanyakan model VW mengunakan metafora angin, Golf dari (gulf stream) dan Polo dari (polar winds). Terima kasih wikipedia.
Iklan zaman dulu

Seperti yang anda tahu model Golf adalah "bread and butter" bagi VW (produk cari makan laa..) dan ia menyambung legasi Beetle pada tahun 1974. Scirocco  pula adalah untuk menggantikan model Karmann Ghia yang sudah lama. Dari tahun 70an lagi VW telah mula berexperimen dengan model ini. Walaupun ia menggunakan chasis Golf, ia direka untuk pemanduan yang lebih tegap, sport la katakan. Tetapi 6 bulan sebelum Golf di lancarkan ia dilancarkan terlebih dahulu. Kenapa Scirocco dilancarkan sebelum Golf? Tujuan itu adalah untuk mengenal pasti masalah masalah kecil sebelum VW mengeluarkan model hatchback Golf secara besar besaran. Inilah kehebatan VW, mereka sanggup menghasilkan hasilkan model lain hanya untuk mengujikaji kelemahan pada produk utama mereka.

Scirocco Mk1

Scirocco Mk1

Model scirocco dijual di Eropah dan America dengan pelbagai varian enjin dari 1.1 hingga 1.6 dan 1.7 untuk pasaran Amerika dimana penduduknya gila kuasa. Hanya 2 jenis transmisi untuk kereta ini 3 speed auto dan 4 speed manual. 5 speed manual diperkenalkan pada model model akhir sebelum Scirocco MK2 di keluarkan. Selepas tahun 75-76 penghawa dingin mula dipasang sebagai pilihan dan tawaran, untuk pemasangan penghawa dingin untuk model lama di tawarkan pada pengguna. Kat Malaysia kalau hawa dingin jadi pilihan baik naik basikal jer.  

Golf Mk1


Walaupun Golf lebih kecil dan murah ianya tetap laris. VW memang terkenal dengan model mesra pengguna dan mesra poket. Scirocco dan Golf berkongsi chasis platform A1 yang sama, jadi kenapa ia tidak boleh menjadi lebih 'sport' maka 1976 model Golf GTi MK1 dilancarkan. Untuk pengetahuan anda chasis A1 sudah hebat dari segi pengendalian yang stabil. Mesti anda tahu 'i' bermakna injection. Bagaimana dengan GT? G bermaksud 'grand' besar atau kereta yang boleh membawa muatan lebih. Dan T untuk tourer bermaksud kereta yang boleh berjalan jauh. Kini terma GT hanya melambangkan prestasi dan sport.

Golf GTi Mk1

Bagaimana dengan Mk2 Scirocco? 1982 -1992 adalah zaman kelahirannya. Pada ketika ini ia masih menggunakan chasis A1, berbanding Golf yang sudah menggunakan chasis A2. Boleh dirumuskan disini bahawa Scirocco adalah model untuk ujikaji sahaja. Setelah itu model ini diganti oleh Corrado. Jika dilihat tidak perlu menghasilkan dua model hatchback dalam satu jenama, baik hasilkan sesuatu yang lain. Scirocco Mk 2 dipacu oleh enjin 1.3 - 1.8 liter. Walaupun menggunakan chasis A1 yang lama ia masih mantap dan di reka dengan senonoh dan tidak mengarut macam kereta sekarang. Maka tidur Scirocco untuk sedekad lebih.
Scirocco Mk2

Scirocco Mk2
2006 IROC concept


Tahun 2006 di Paris motor show kereta konsep nama "IROC " diperkenalkan dan 2008 lahirlah semula lagenda Scirocco. Di pacu oleh enjin 1.4 TSI dan 2.0 TSI dan TDI, menggunakan platform PQ35 iaitu chasis Golf generasi kelima. Ianya dihasilkan untuk menandingi Golf dan Golf GTi. 2009 diperkenalkan Scirocco R dengan rekabentuk yang menarik dan rim yang Talladega 18". Tidak diketahui berapa lama Scirocco baru ini dapat bertahan dalam produksi, sebab diorang tak join venture ngan Proton. Ada percanggahan ketika model ini baru dikeluarkan. Kenapa VW mengklasifikasikan model ini sebagai 'coupe' bukan hatchback. Tapi rekabentuknya hatchie... tetapi betul juga sebab produk hatchback VW adalah Golf 2 pintu. Kenapa nak ada 2 hatchback? Apa pun saya suka model ini kerana ia mengingatkan saya pada Golf cume lebih garrraannnggg.....

Scirocco Mk3. nampak laju kan?

Scirocco R.. wwraaaaarrpppp!!!

Rujukan:
Forum golf  dan scirocco UK  
Wikipedia.










Saturday, 31 March 2012

Alfredo "Dino" Ferrari

Enzo and Alfredo "Dino"
Alfredo "Dino"  Ferrari adalah anak kepada pengasas Ferrari,  Enzo Ferrari yang mati pada usia semuda 24 tahun. Pernah mencadangkan penghasilan enjin 1.5 dohc V6 untuk kereta kereta Ferrari dan Fiat. Dari kecil dia di asuh dan dididik untuk menjadi pengganti Enzo. Dihantar sekolah terbaik di Eropah, dan kolej jurutera yang bagus, tapi kecundang di tawan penyakit otot yang menyebabkan pengecutan otot, sukar bernafas, dan kematian.

Tahukah anda litar Autodromo Enzo e Dino Ferrari adalah untuk mengingati Dino dan nama Enzo ditambah setelah pengasas Ferrari itu meninggal dunia. Litar Autodromo juga tidak kurang dengan kontroversi dari segi aspek keselamatanya.


Litar tersebut untuk menguji kelajuan dan kehebatan kereta. Oleh itu ada laluan lurus untuk menguji kepantasan memecut. Tapi kelajuan tinggi tanpa kawalan sangat merbahaya. Ia di kritik kerana banyak kemalangan berlaku di situ. Apa yang di perlukan ialah "chicanes" (penghalang/pengurang kelajuan seperti selekoh kecil atau lencongan). Setelah litar itu meragut nyawa Arton Senna pada 1994 litar tersebut di reka semula supaya lebih selamat




Walau pun Dino meninggal dunia pada usia muda. Dalam keadaan sakit di hospital dia masih berhubung dan berbincang dengan ketua jurutera Vittorio Jano tentang menghasilkan enjin kuasa rendah untuk Ferrari . Seperti yang anda tahu nama Ferrari begitu sinomin dengan kuasa kuda yang tinggi dan jika ia bukan V12 ia tidak bukan Ferrari. Walau tenat beliau masih bersemangat untuk menghasilkan enjin kuasa rendah V6 V8 untuk syarikat ayahnya. Hajatnya untuk melihat produk akhir tidak kesampaian setelah dia meninggal dunia. Kenapa kuasa rendah? Kerana Dino mahu meluaskan empayar Ferrari dengan memberi pilihan kepada pengguna untuk mengunakan produk Ferrari dengan kerap. Yelah kalau ketedarah petrol jer sape nak drive hari hari. boleh jadi tensen dibuatnye



Atas penghargaan Enzo pada anaknya dia memberi nama Dino pada model Ferrari Dino yang mengunakan enjin kuasa rendah hasil idea fikiran anaknya. Ferrari tidak meletak logo "prancing horse" (logo kuda la..) cuma grafik tulisan "DINO" pada siri siri model Dino. Ada yang berkata Enzo malu dengan kuasa rendah dan tidak mahu meletakkan lambang kuda di situ. Ada yang berkata logo "DINO" supaya nama Dino kekal dalam sejarah. Betul atau tidak Ferrari Dino telah menjadi antara 10 kereta sport klasik tercantik dalam sejarah.

Logo Dino





Ada beberapa siri Ferrari Dino dalam sejarah dan semuanya dalam siri V6 dan V8. Goggle dan lihatlah. Bagi saya ianya memang menarik. Terima kasih Alfredo.


cantik kan?


Saturday, 10 March 2012

Kerabat Kei Kar.

sibuk dengan kerja partime buat sementara waktu. Oleh itu dengan sedih blog ini terbiar seketika. Kenapa buat kerja partime? Kerana duit lah.. Kerana duit juga kita berjimat cermat. Sebut pasal cermat mesti ingat kereta cc kecil atau Kei car. Kenderaan kelas ini juga dibayangi saiz dan enjin  yang kecil. Tahukah anda kelas Kei pernah dibina sekecil 2.8meter  panjang dan terdapat enjin  150cc empat lejang dan 100cc dua lejang. Kei kar bukan dibina untuk kepantasan. Saya tahu pemilik kancil turbo menentang kenyataan ini. Ada sebab kereta-kereta comel ini di-turbo kan.

Pembinaan Kei kar bermula pada tahun 1949 setelah tamat perang dunia kedua. Kebanyakan rakyat Jepun miskin dan kadang kala tidak mampu untuk memiliki kereta apatah lagi motosikal. Untuk mengalakkan industri automotif, kerajaan telah mengenalkan kelas Kei car. (keijidosha = kereta ringan). Tetapi pada tahun 1970'an jualan semakin kurang dan akta Kei car diubah menjadi saiz enjin kepada maksimum 550cc.

Ketika semua pengeluar membina Kei car yang agak perlahan pick-up nya. Pada tahun 1982 Honda telah menghasilkan Honda City Turbo. 1.3cc SOHC turbo. Manakala Nissan mengeluarkan enjin turbo untuk kereta kereta mereka dengan hasil Garrett turbocharger pada enjin E15ET 1.5cc. Tapi kedua keduanya agak terlalu besar untuk dilihat sebagai Kei car. Tetapi kereta ini telah memperlihatkan kepada dunia bahawa kereta kecil tidak memestinya perlahan dan membosankan.
honda city 'bulldog"

G11 detomaso


Mengambil iktibar dari peristiwa itu Daihatsu telah menghasilkan G11 turbo 3 silinder dengan IHI turbo carburator. Akan tetapi dengan saiz enjin 993cc, ianya masih dikira besar. Versi DeTomaso yang menjadi kegilaan ramai telah dihasilkan tahun  berikutnya. Lewat tahun 1983 lahirlah kereta Kei car yang menjadi ikon untuk nama Mira. Dengan enjin dua silinder berkapisiti 550cc. Kereta ini telah mengalahkan Fiat Panda 30 dan Citroen Visa Club dari segi prestasi dan keseronokan memandu. Menggunakan chasis L55 yang nampak sederhana ianya menjadi satu model yang menarik. Terdapat juga versi 4WD turbo dihasilkan tahun berikutnya.

mira L55

MMC Minica

Mitsubishi mengikut rentak ini dan menghasilkan Minica. Chasis 2 pintu dengan enjin G23B SOHC karbutaror 546cc dengan berat 560 kilo. Cukup ringan untuk menghasilkan impak. Di tahun 1984 Subaru dan Suzuki telah mengambil keputusan untuk menyertai pesta Kei car dan menghasilkan Subaru Rex (adik bongsu manja WRX)  chasis 2 pintu dengan enjin EK23 Sohc, 544cc pengecas turbo. Terdapat juga versi 4wd dengan berat tambahan 85kg. Penghujung 1985 Nissan mengeluarkan March Turbo. Berbekalkan kuasa MA10ET  dengan beban 710kg chasis 2 pintu, ia memberi makna baru keseronokan kereta cc kecil. Tapi ramai yang berkata ianya bukan DNA Kei car sebenar. Kerana di Jepun Kei car terhad kepada 660cc sahaja.

iklan march turbo

1984 subaru rex turbo 4wd

Daihatsu tampil dengan kecemerlangan kali ini lewat 1985dengan siri Mira/Cuore. Siri Mira TRXX ini didatangkan dengan chasis 2 pintu dengan enjin EB 547cc IHI turbocharger. Tidak lama selepas itu versi 4 pintu dan versi 4WD juga untuk tujuan biasa dan cargo.
1985 mira turbo

Selepas Mira TRXX bermulalah perang kuasa antara kereta kereta Kei car.
BANZAI!!! prraanngg......... keepishh! " ape die ingat kompeni die je buat henjin turbo, siap ko"

Tidak lama selepas itu Suzuki menyahut cabaran dan mengeluarkan siri ALTO RS pertama, antara lagenda di Jepun. Hanya bernadikan 550cc dengan chasis dua pintu, model ini antara pencabar terdekat Mira. Kalau dah Japan mesti ada version 4wd. Versi pacuan 4 roda  'Alto SX' juga dipasarkan dengan bentuk yang hampir sama cuma tambahan 60kg dari berat asal 580kg.
Alto RS/R



Tahun 1987 MMC dengan Minica cuba membalas tetapi balasan smash dari Daihatsu dengan Mira TRXX baru dengan tambahan kuasa kuda sedikit menengelamkan model minica ini. Sebagai pukulan tambahan nasi beryani power batu pahat, G11 diganti dengan G100 Charade GTX-X dengan DOHC 12 injap 993cc menjadikannya kereta pantas dan mencapai status legend apabila selalu menang perlumbaan ralli pada masa itu.

G100 turbo conversion
GTti conversion macam kat Malaysia

Era baru Kei car Jepun pada tahun selepas 1988 dimulakan dengan L200 Mira.. SOHC 12 injap dengan sistem penyejuk muatan atas. (top mount inter cooler daa... somethings are better said in English)   Kiranya pada tahun 1988 kelas Kei car dibenarkan direka lebih besar dan cc enjin maksimum 660cc dengan kuasa maksimum 64bhp.  Nasib baik limit kuasa kuda, kalau tak? mesti ada tanda amaran kat stereng. "drive by your own risk"
mira L200

Pada masa ini Subaru Rex juga ada model baru tapi tidak meng-upgrade enjin kepada kelas baru. Sekadar 547cc dengan pengecas turbo bersama pilihan 2wd dan 4wd. Tapi antara Kei car yang paling pengkagumkan dari segi kejureteraan pada 1989 adalah Suzuki Alto Works RS/R 547cc DOHC EFI turbo dengan 64bhp pada 7500rpm. Kuasa agak tinggi pagi enjin kurang dari 600cc. Dan pada masa itu antara model yang mengunakan lampu bulat di hadapan. Dan di 1991 model ini menerima enjin yang lebih besar, 658cc untuk mencapai 64bhp pada rev yang lebih rendah -6500rpm. Kiranya "works" ni versi Type R la untuk Suzuki Alto RS.

Alto RS lampu bulat

Tertinggal pula, Mitsu Minica ZZ4 pada 1989 juga di pasarkan dengan enjin baru 3B83 dohc 12 valve. Dan Subaru juga dengan Rex turbo telah dinaik taraf dari 547cc kepada 658cc, dengan tambahan AWD dan berat bersih 730kg. Kengkadang macam tak caya jaguh ralli macam Mitsu dan Subaru ada kei car.. kehendak pelanggan la katakan. Sebelum tertingal, Mazda juga ada menghasilkan Kei 'sport' car. Mazda AZ-1 dengan pintu gull wing (macam mercedes gull wing, cuma comel ) mengunakan enjin Suzuki F6A mid mounted dengan berat bersih 720kg.
1989 minica

AZ-1 dengan sentuhan RE amimeya
original condition

1993 Suzuki mengeluarkan Cappuccino, juga kei 'sport' car dengan F6A Dohc turbo, mid mounted engine. Ianya menjadi saingan rapat dengan AZ-1. Pada tahun 1993 Suzuki menghasilkan enjin K6A dohc untuk model Alto Works RS/R dan model Cappuccino.

bak mai koppicino secawan

yang dah modified


Daihatsu juga menghasilkan JB-JL dohc 12 valve 649cc untuk Mira R4 dan Move a.k.a Kenari. Pada pertengahan tahun 90an banyak enjin generasi baru yang lebih berkuasa dan effisen dihasilkan. Setelah Kei 'Wagon' car seperti Move dihasilkan muncul juga Suzuki Wagon RR, Mitsu dengan Toppo wagon dan pelbagai lagi.


Move Custom 4th gen

L500 TR-XX

Mira RV4


Wagon R 1st gen

wagon R Stingray.. cun...

Entah apa lagi bentuk Kei car selepas ini. Tapi apa yang pasti ianya akan lebih menarik. Janji lebarnya kurang dari 1.48m dan panjangnya 3.4m dan tinggi kurang 2 meter dengan nadi 660cc... ia adalah kei car.

rujukan :
autospeed
Wikipedia
Speed hunter

Saturday, 11 February 2012

Volvo berasap?? extreme mods..

Pascal Prokop, pemuda yang tinggal di Mettmenstetten, Switzerland telah sedikit mengejutkan dunia internet bila mendedahkan gambar sebuah pemanas kayu api di dalam keretanya. Ya!! di  dalam keretanya. Kereta Volvo 240 station wagon keluaran 1990 itu elah diubahsuai supaya menempatkan sebuah pemanas pembakaran kayu api dapat di letakkan di tempat duduk penumpang. Tiada asap di dalam keretanya. Modifikasi ini dikira selamat kerana Pascal Prokop telah mendaftarkan modifikasi  ini dan kerajaan telah mengesahkannya. "Road legal " tu bro...!!!
kubur berasap? amik nih volvo berasap.. brrrr...


Anda mungkin berkata dia gila. Tetapi tahun ini musim sejuk di Eropah mungkin berlanjutan ke bulan Febuari. Musim sejuk memang menyusahkan. Sebab tu ramai pelancong datang ke Malaysia sebab nak lari dari salji.

jangan eksiden sudah.. jadi oven kereta ko nih..

Pada masa ini pekan tempat beliau memandu bersuhu -9º celsius. Sejukkk.... Katanya dia berbuat begini kerana pemanas dalam keretanya tidak memadai untuk memanaskan dirinya. Entah apa pula yang akan di lakukan pada musim panas. Tempat barbeque mungkin..??

mungkin ko kene simpan rambut panjang sikit la bro.. bagi panas

Thursday, 9 February 2012

Jangan meletak kereta di tepi tapak pembinaan

Di KL ni parking makin susah nak jumpa. Kalau ada pun mahal bayaranya. Oleh itu ramai yang parking di tempat yang tidak sesuai. Tidak kurang juga di tepi jalan dan juga kawasan kosong tepi tapaik binaan. Tengahari tadi kren di Menara Binjai yang sedang di bina jatuh menimpa dua kereta. Tidak pasti ada kehilangan nyawa , rasa nya tiada.

manara Binjai dalam pembinaan

kereta proton yang dah tentu total lost

Lexus yang agak teruk juga


Oleh itu jangan meletak kenderaan di tepi tapak bina. Bahaya!!!

kredit gambar .. WinnieKepala.com


Sunday, 5 February 2012

Panduan membeli dan memilih kereta terpakai.


Semua orang akan terfikir untuk membeli kereta. Tapi mungkin sebahagian saja akan benar benar membeli kereta. Kereta baru atau kereta lama. Ramai yang berkata kereta baru zero masalah. Betulke? Entahlah. Pusing pusing same je , baru dan terpakai ada baik ada buruknya. Oleh kerana artikel ini untuk kereta terpakai, disini ada tips tips untuk anda.

Tempat membeli.
 Used car atau orang persendirian. Used car kene pilih dengan betul. Takut kene tipu. Bukan semua used car penipu, tetapi bisnes used car menjual. Kalau mereka dapat kereta yang teruk pun mereka akan baikpulih pada kos tertentu dan akan dijual semula. Jalan-jalan dan cari  2@3 used car untuk pilih model yang anda suka. Kalau orang persendirian cuma survey kat iklan kereta terpakai  

Usia kereta  dan jauh perjalanan.
Cuba kereta yang kurang dari 10 tahun atau milage kurang dari 100k. Kurang jarak perjalanan bermakna kurang wear and tear. Sekarang ini kereta pada usia 15 tahun tidak boleh diinsurankan pada 1st party. Kesimpulanya kalau kerata belum abis hutang jangan buat 3rd party, kalau hilang atau accident total lost garu kepala bro..


Pemeriksaan visual.
Sambil berbual dengan penjual perhatikan setiap inci kereta, pusing keliling kereta. Anda boleh menilai kemik-kemik pada badan kereta untuk anda menilai cara pemanduan pemilik kereta. Elakkan menilai kereta diwaktu malam kerana cahaya yang kurang akan melindungi cacat cela pada badan kereta. Buka pintu dan periksa setiap pintu dan bonet, pastikan tiada bunyi pelik. Buka bonet dan lihat enjin.  Kebiasaannya dalaman kereta dan enjin di cuci sebelum di lihatkan pada penjual. Cuba lihat samaada kebocoran minyak hitam pada enjin dan lantai simen / atas tanah.

Start enjin tengok.
Start enjin. Masa enjin tunggu nak panas lihat pada badan kereta sekali lagi, manalah tahu jika anda terlepas pandang. Semasa enijn berjalan lihat pada enjin samada kebocoron minyak berlaku lagi. Periksa juga lampu amaram enjin menyala atau tidak. Jika enjin tiada masalah sepatutnya enjin boleh di rev' sampai 4k rpm tanpa masalah. Tapi ramai pemilik used car tidak membenarkan anda berbuat begitu. Kalau begitu ada cara lain. On' kan aircond, a/c patut berfungi dengan baik semasa enjin berjalan dan enjin tidak patut mengigil pada masa a/c di buka.

Test drive boleh?
Semua kereta tak kira baru atau lama anda sebagai pembeli patut ada hak untuk mengujinya. Ramai penjual yang cakap nak dokumen lah, mintak duit lah. Kalau tak tak dapat test drive. Saya pun pelik. Sudahlah kereta mahal di negara ini. Dimana hak pengguna. Pengguna taknak ditipu. Ok.. Katakanlah anda dapat test drive, atau pun penjual atau pemilik nak test drivekan. Minta di bawak laju sikit sambil perhatikan pada meter rpm atau pun peka pada keadaaan kereta, seperti gegaran, bunyi dan sebagainya. Jika anda tidak mahir maka, dari proses pertama anda patut membawa kawan yang arif.

Bunyi dan gegaran yang macam mana
 Cuba rasa pecutan dan daya pickup. Dengar juga bunyi enjin. Pada kelajuan meningkat lihat pada stereng. Pastikan tiada gegaran melampau. Pada jalan lurus tekan brek dan lepas stereng.  pastikan masa kenderaan perlahan untuk berhenti. Stereng tegak. Kalau stereng senget kiri atau kanan masa membrek maknanya ada kerosakan pada kawasan tayar. @ stereng @ atau tie rod. Senang cakap ada part yang rosak atau perlukan pembetulan. Dengar juga bunyik brek atau bunyi masa membrek, pastikan tidak ada bunyi yang terlalu serious.

Setelah test drive
Jangan matikan enjin serta merta, buka bonet dan lihat jika ada kebocoran minyak hitam lagi sekali. Puas hati?
Minta copy dokumen  puspakom. Kalau die mintak duit booking . Boleh bagi tapi pastikan tanya soalan . Boleh tak ori document puspakom? Jangan bayar duit cash banyak atau penuh jika takpasti kereta itu lulus puspako. Rosak enjin boleh ditukar, potong body? buang sungai bro..Biar banyak tanya itu kan hak kita. Kalau dia cakap banyak tanya pergi beli kete baru. Blah je. Penjual patut berbudi bahasa.  Salah satu tips ialah ikut komen kengkawan yang pernah beli kereta dan suruh die cagangkan used car yang bagus dan berbudi bahasa.

Kalau anda merasa tidak kena pada penjual atau kereta tersebut. Tinggalkan sahaja "not worth your hard earn money". Lagi satu kereta zaman moden kebanyakannya menutup kawasan enjin supaya lebih kemas dan sukar untuk anda melihatnya. Sebelum membeli anda juga patut tahu harga kereta anda dalam angaran berapa. Harap tips ini membantu anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...